Friday 30 September 2011

CONTOH KARANGAN:PENCEMARAN SUNGAI

Contoh Karangan : Pencemaran Sungai


Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan  mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid  melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.

Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka  diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.    
Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran,   Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam  Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun  kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun,  jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.  
Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau  diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu  menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis.  Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi  menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.
Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang  ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.
Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan.  Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya,  apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.
Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.

VIDEO: ATUK OH ATUK

Saksikan video ini....sila klik "read more"

VIDEO ANIMASI:PEMBUANGAN SISA TOKSIK KE DALAM SUNGAI

Masalah pembuangan bahan sisa toksik dan bahan yang tidak boleh reput seperti plastik, kaca, dan aluminium wujud melanda negara kita pada masa kini. Masalah ini, kalau tidak dapat diselesaikan dengan segera, akan menimbulkan masalah pencemaran yang buruk. Banyak impak yang dialami oleh penduduk tempatan dan kesan-kesan ini mungkin berlarutan bagi tempoh masa yang panjang. Jadi, langkah-langkah berkesan hendaklah diambil dengan segera sebelum masalah ini semakin serius.

VIDEO ANIMASI:JANGAN MEMBUANG SAMPAH-SARAP KE DALAM SUNGAI

Marilah kita menyaksikan kesan dan akibat daripada perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini.~mas_razali~

VIDEO: MENIKMATI KEINDAHAN SUNGAI

Apabila keadaan sungai kita bersih, maka kita semua boleh menikmati anugerah berharga ini dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti bermandi manda bersama keluarga atau rakan-rakan. Sesungguhnya aktiviti seperti ini memberi seribu kepuasan yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Oleh itu, sama-samalah kita memelihara alam sekitar agar sungai mampu ter'senyum' lagi.~mas_razali~

SAJAK "Tentang Sungai dan Hutan"



1. Sungai

AKU kira sungai itu letih juga. Mengalirkan
diri sendiri. Aku kira sungai itu sedang
berpikir untuk membeku atau mengering saja.

Dari muara tadi, kuhitung berapa lekuk yang
patah, berapa teluk yang patuh. Dan hujan
yang mengeluh, aku pura-pura tak mendengar,
ia sebut ramalan tentang musim bah, musibah.


2. Hutan

HUTAN adalah dada yang tabah. Aku kira dulu
selalu begitu. Sampai aku temukan bercak
darah, terperah dari luka yang perih parah.

Ingin sekali aku bisa mengambil juga luka
itu untukku sendiri, sekadar sakit, sedikit.
Aku kira, tabah di dadaku, perlu juga kuuji.



CERITA BERKAITAN "SUNGAI"


Aku Merawat Air Sungai Gombak

Pagi tadi aku telah menghadiri satu menyuarat terkejut... macam mana lah aku tak terkejut... skali aku sampai je kat meeting tu rupa rupanya meeting perlantikan company aku sebagai penasihat sistem M&E... Meeting ni memang kelakar kerana kat sini company aku telah dijodohkan secara paksa atau "Married Force" kepada consultant C&S... Nasib baik aku dah tahu sape yang bakal aku kahwin dari semalam lagi... Aku terkejut sebab meeting ni sepatutnya Bos aku turun... Meeting pasal nego Fees tu...

Cume yang kelakar bagi team team lain lah... M&E yang dipanggil baru tau sape jodoh mereka masa meeting tu... then dalam masa yang sama diorang kene kate setuju tak "kahwin paksa" dengan C&S yang telah dilantik oleh JPS... haha... korang ingat lelaki dengan perempuan je bole kawin paksa... kerja pun boleh kene kahwin paksa...

Ini adalah salah satu wahyu dari Bos aku... nasib baik lah ini kerja senang je... iaitu Kerja Kerja Merawat Air Sungai Gombak... Macam biasa... Projek buat Jalan mahupun projek merawat air sungai ni bagi aku adalah Projek Buang Masa... Almaklumlah skop kerja kecik je tapi impak dia sangat besar... Tak pasal pasal aku terpaksa layan sembang C&S ...Sungai tak cukup dalam lah.... Kene korek sampai earth work lah... Macam mana nak treat slope lah... Cuma ini first time je aku wat projek sungai... so tak kan nak lepas kan peluang buat bende baru... Asik buat bangunan je dok gado dengan akitek hari2... baik aku berbakti pulak pada Alam Sekitar... Cintailah Sungai Kita...

Skop aku kali ni design Biofilter Sistem untuk rawat air sungai gombak yang banyak sangat najis orang asli.... dan Trash Trapt Automatik (Sistem kumpul sampah secara automatik oleh conveyor) sebab orang awam tak reti hargai sungai... tahu buang sampah je kat sungai tu... Dah timbul satu masalah kat aku macam mana nak design sistem kutip sampah sungai otomatik... Tapi tak pe... bak kata Bos aku... Ada masalah Ade lah duit ko dapat bila lepas solve problem hahah....

Abes meeting aku jalan site saje nak tahu keadaan tapak....

Pertemuan Sg Gombak Dan Sg Balongkong... Kat sini lah kene design Biofilter system nak rawat air tahi orang asli... Ape yang memeningkan aku sekarang ni macam mana lah nak tarik supply?

Kat sini pulak aku kene design pengangkut sampah otomotik... yang ade sekarang kat sungai ni penahan sampah manual je... Kan bagus kalo tak de orang buang sampah... tak de lah aku kene wat keje kutip sampah sungai ni...

Sekian terima kasih... semoga kerja kerja pembersihan sungai ni berjaya... Akhir kate dari Karam Sing Waliah... "Kuman Di Sebarang Sungai Kita Nampak... Gajah Di Depan Mata Tidak Kelihatan"

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More