Tuesday 27 September 2011

KHAZANAH ALAM YANG PATUT DIPERTAHANKAN



SUNGAI merupakan khazanah alam yang berharga kepada pelbagai jenis kehidupan di dunia ini.
Ia juga adalah nadi sumber air semula jadi bagi keperluan sebagai kegunaan dan minuman hidupan, pembangunan domestik, penggerak industri, penjana tenaga elektrik negara, pengairan untuk pertanian di samping sebagai sumber untuk berekreasi.
Menyedari betapa pentingnya sungai dipelihara supaya ianya kekal seperti semula jadi, bersih dan selamat untuk digunakan, pihak kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil langkah mampan memperkenalkan kempen berterusan dikenali "Cintailah Sungai Kita" pada 3 September 1993. Kempen berkenaan dirasmikan Menteri Pertanian ketika itu, Datuk Seri Sanusi Junid (kini - Tan Seri) dan bulan September telah dipersetujui kerajaan sebagai tarikh tetap kempen itu setiap tahun.
Hari ini 18 September 1997, kempen yang sama dirasmikan Menteri Pertanian Datuk Amar Dr. Sulaiman Daud di Denai Larian sungai Perlis, Pengkalan Asam, Perlis yang bertemakan "Pencegahan Asas Pemulihan".
Tahun lalu, tema yang sama telah digunakan, dan dilancarkan oleh Timbalan Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansor di sungai Melaka, Melaka.
Sempena majlis perasmian ini, pelbagai acara disediakan termasuklah pameran aktiviti sungai dan penyampaian hadiah beberapa kategori pertandingan peringkat kebangsaan untuk menjaga kebersihan dan keindahan sungai. Acara berkenaan terbuka kepada orang ramai.
Meminjam kata-kata Sanusi ketika melancarkan kempen yang pertama, ".... langkah yang diambil oleh pihak JPS bertepatan dengan usaha kerajaan memberi penekanan kepada pemeliharaan alam sekitar dalam perancangan pembangunan negara."
Kenyataan Sanusi telah disokong oleh Dr. Tengku Mahmud ketika merasmikan kempen berkenaan tahun lalu. Katanya, simpangan sungai-sungai di negara ini berpotensi untuk dimajukan sebagai pusat rekreasi menarik, destinasi pelancungan popular dan penjana kepada perindustrian negara. Justeru, ianya perlu dijaga supaya sentiasa bersih dan indah.
Dr. Tengku Mahmud juga mengajak seluruh warga negara kita menghargai sungai dengan mencintai keindahannya. Katanya, kita perlu sedar yang sungai amat bernilai dan memberikan kemudahan yang pelbagai kepada manusia dan hidupan lain.

"Atas kesedaran itulah, kerajaan mengadakan kempen setiap tahun bagi meningkatkan peranan orang ramai kearah pengkalan keindahan semula jadi supaya sungai-sungai sentiasa bersih. Di samping itu, usaha memaklumatkan orang ramai dengan pengetahuan dan teknik pengurusannya ditekankan oleh pihak JPS," ujar beliau serius.
Menurut Dr. Tengku Mahmud lagi, pelbagai strategi kempen melibatkan orang ramai telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak JPS, termasuklah; mewujudkan sungai angkat, pemerhatian sungai, ekspedisi sungai, peningkatan kesedaran melalui sekolah dan institusi pengajian tinggi, pengindahan sungai, samposium antarabangsa, pengiklanan melalui media masa, penerbitan risalah dan poster kesedaran pemeliharaan sungai serta pertandingan sungai bersih dan menarik.
Sesiapa pun tidak boleh menafikan yang pihak kerajaan begitu bersungguh-sungguh menangi masalah nasional ini, namun masih ada masyarakat kita yang sengaja menutup telinga dan membutakan mata, tidak langsung tertarik dengan kempen berkenaan. Malah ada yang terus berdegil dengan membuang sisa-sisa makanan, sampah sarap, sisa buangan kilang, bahan kimia, najis, tin-tin kosong dan bangkai binatang dengan sewenang-wenangnya.
Mereka tidak memikirkan tentang kesannya yang bakal diterima oleh orang lain, termasuklah mendapatkan sumber air yang tercemar dan tidak selamat untuk digunakan di samping pelbagai penyakit seperti pembiakan nyamuk aedes yang boleh menyebabkan demam denggi dan sambar haiwan akan menyerang.
Boleh dikatakan setiap hari kita terbaca di dalam akhbar, menonton di televisyen dan mendengar di radio tentang pencemaran sungai, namun masalah ini terus berlanjutan.
Menurut Dr. Tengku Mahmud terdapat banyak sungai yang di dapati terlalu kotor dan memerlukan perhatian wajar pihak kerajaan.
Sementara itu, terdapat pula sungai yang terhakis akibat banjir dan perbuatan manusia yang menuntut pihak berkuasa menanganinya segera dengan perbelanjaan yang tinggi.
Menurut data 1995, sungai merupakan sumber utama bekalan air untuk pengairan (75%), penggunaan domestik dan industri (22%) dan penggunaan lain (3%) di negara ini. Berdasarkan keperluan tersebut langkah berjaga-jaga dan beringat sebelum kena adalah sesuatu yang perlu tertanam erat pada setiap jiwa rakyat negara ini.
Sesungguhnya, negara berbangga dengan pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran yang dilaksanakan di bawah Rancangan pembangunan 5 Tahun, terutamanya yang melibatkan pembangunan tanah baru utnuk pertanian di samping memperbaiki kawasan pertanian yang sedia ada untuk meningkatkan produktivitinya.
Melalui program itu, tahun 1995 terdapat 341,000 hektar tanah pertanian menikmati kemudahan pengairan dan 650,000 hektar tanah dilengkapkan dengan kemudahan saliran. Keadaan berkenaan menuntut pihak swasta sama-sama menggembeling tenaga dan menjadi penggerak utama pertubuhan sektor pertanian melalui perusahaan ladang secara komersil.
Memandangkan pelbagai pihak sektor awam, swasta dan individu terlibat dalam pengurusan air uantuk pertanian, maka sudah sampai masanya kerajaan mengkaji perundangan yang sedia ada bagi mengemaskini fungsi peraturan berasaskan keperluan dan suasana persekitaran semasa sekali pun sebagai mekanesmi untuk memberi galakan kepada pengusaha pertanian, khususnya untuk berkembang maju.
Perundangan juga hendaklah flaksibel bagi memenuhi keperluan jangka panjang. Proses perubahan dalam strategi sumber semula jadi sepert air wajar dimulakan di peringkat awal dan patut dijadikan matlamat objektif nasional.
Dengan cara itu, kita yakin ianya akan menjana kepada proses pemuliharaan alam sekitar kerana dimenasi dan perhubungan di antara tanah, air, tumbuh-tumbuhan dan hidupan lain merupakan suatu kesinambungan yang memberi kesan terus kepada kemampaman pertanian.
Selain itu, sistem pulangan kos seperti yang disaran oleh pihak JPS kepada kerajaan juga adalah wajar dikenakan kepada pemaju perumahan dan sesiapa jua yang menyebabkan berlakunya hakisan tanah dan banjir. Sedangkan hasilnya kawasan tersebut tidak pernah berlaku.
Sistem pulangan kos seperti ini adalah adil kerana caj yang dikenakan kepada yang mendapat manafaat bukannya mereka yang berada di sektor projek pembangunan tersebut. Ini seterusnya akan mewujudkan satu mekanisme kewangan yang boleh membiayai sendiri dan tidak membebankan kerajaan. Langkah ini juga akan membuka peluang dan prospek bagi penswastaan pelaksanaan dan pengurusan sistem saliran bandar.
Sesungguhnya, pengurusan sumber air untuk pertanian dan pelbagai kegunaan pembangunan lain perlu diasaskan kepada amalan terbaik menggunakan teknologi inovative, terkini dan holistic.
Kita yakin dengan penubuhan Institiut Penyelidikan Haidrolik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) pada 1 September 1995, merupakan titik tolak baru dan usaha serius kerajaan untuk menangi pelbagai masalah berkaitan pencemaran air, kekurangan air, mendapat tanah, tanah runtuh, hakisan tanah dan pantai secara sistematik.
Dalam hubungan ini, kesedaran semula pihak termasuk orang ramai, pengusaha pembangunan dan pengguna lain terutama yang tinggal berhampiran dengan sungai seharusnya mengasihi khazanah alam anugerah tuhan. Marilah kita "Bercintai Dengan Sungai" demi untuk generasi kita akan datang.
Di pihak JPS, kita berbangga dengan pencapaian mereka, dan baru-baru ini mereka telah menerima sijil MS ISO 9002 daripada SIRIM Berhad di atas pencapaian mereka meningkatkan kecekapan haidroloji air bersesuaian dengan mutu jabatan itu, "Jayakan Perkhidmatan Sempurna".

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More