Friday, 30 September 2011

CONTOH KARANGAN:PENCEMARAN SUNGAI

Contoh Karangan : Pencemaran Sungai


Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan  mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid  melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.

Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka  diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.    
Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran,   Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam  Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun  kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun,  jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.  
Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau  diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu  menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis.  Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi  menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.
Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang  ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.
Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan.  Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya,  apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.
Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.

VIDEO: ATUK OH ATUK

Saksikan video ini....sila klik "read more"

VIDEO ANIMASI:PEMBUANGAN SISA TOKSIK KE DALAM SUNGAI

Masalah pembuangan bahan sisa toksik dan bahan yang tidak boleh reput seperti plastik, kaca, dan aluminium wujud melanda negara kita pada masa kini. Masalah ini, kalau tidak dapat diselesaikan dengan segera, akan menimbulkan masalah pencemaran yang buruk. Banyak impak yang dialami oleh penduduk tempatan dan kesan-kesan ini mungkin berlarutan bagi tempoh masa yang panjang. Jadi, langkah-langkah berkesan hendaklah diambil dengan segera sebelum masalah ini semakin serius.

VIDEO ANIMASI:JANGAN MEMBUANG SAMPAH-SARAP KE DALAM SUNGAI

Marilah kita menyaksikan kesan dan akibat daripada perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini.~mas_razali~

VIDEO: MENIKMATI KEINDAHAN SUNGAI

Apabila keadaan sungai kita bersih, maka kita semua boleh menikmati anugerah berharga ini dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti bermandi manda bersama keluarga atau rakan-rakan. Sesungguhnya aktiviti seperti ini memberi seribu kepuasan yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Oleh itu, sama-samalah kita memelihara alam sekitar agar sungai mampu ter'senyum' lagi.~mas_razali~

SAJAK "Tentang Sungai dan Hutan"



1. Sungai

AKU kira sungai itu letih juga. Mengalirkan
diri sendiri. Aku kira sungai itu sedang
berpikir untuk membeku atau mengering saja.

Dari muara tadi, kuhitung berapa lekuk yang
patah, berapa teluk yang patuh. Dan hujan
yang mengeluh, aku pura-pura tak mendengar,
ia sebut ramalan tentang musim bah, musibah.


2. Hutan

HUTAN adalah dada yang tabah. Aku kira dulu
selalu begitu. Sampai aku temukan bercak
darah, terperah dari luka yang perih parah.

Ingin sekali aku bisa mengambil juga luka
itu untukku sendiri, sekadar sakit, sedikit.
Aku kira, tabah di dadaku, perlu juga kuuji.



CERITA BERKAITAN "SUNGAI"


Aku Merawat Air Sungai Gombak

Pagi tadi aku telah menghadiri satu menyuarat terkejut... macam mana lah aku tak terkejut... skali aku sampai je kat meeting tu rupa rupanya meeting perlantikan company aku sebagai penasihat sistem M&E... Meeting ni memang kelakar kerana kat sini company aku telah dijodohkan secara paksa atau "Married Force" kepada consultant C&S... Nasib baik aku dah tahu sape yang bakal aku kahwin dari semalam lagi... Aku terkejut sebab meeting ni sepatutnya Bos aku turun... Meeting pasal nego Fees tu...

Cume yang kelakar bagi team team lain lah... M&E yang dipanggil baru tau sape jodoh mereka masa meeting tu... then dalam masa yang sama diorang kene kate setuju tak "kahwin paksa" dengan C&S yang telah dilantik oleh JPS... haha... korang ingat lelaki dengan perempuan je bole kawin paksa... kerja pun boleh kene kahwin paksa...

Ini adalah salah satu wahyu dari Bos aku... nasib baik lah ini kerja senang je... iaitu Kerja Kerja Merawat Air Sungai Gombak... Macam biasa... Projek buat Jalan mahupun projek merawat air sungai ni bagi aku adalah Projek Buang Masa... Almaklumlah skop kerja kecik je tapi impak dia sangat besar... Tak pasal pasal aku terpaksa layan sembang C&S ...Sungai tak cukup dalam lah.... Kene korek sampai earth work lah... Macam mana nak treat slope lah... Cuma ini first time je aku wat projek sungai... so tak kan nak lepas kan peluang buat bende baru... Asik buat bangunan je dok gado dengan akitek hari2... baik aku berbakti pulak pada Alam Sekitar... Cintailah Sungai Kita...

Skop aku kali ni design Biofilter Sistem untuk rawat air sungai gombak yang banyak sangat najis orang asli.... dan Trash Trapt Automatik (Sistem kumpul sampah secara automatik oleh conveyor) sebab orang awam tak reti hargai sungai... tahu buang sampah je kat sungai tu... Dah timbul satu masalah kat aku macam mana nak design sistem kutip sampah sungai otomatik... Tapi tak pe... bak kata Bos aku... Ada masalah Ade lah duit ko dapat bila lepas solve problem hahah....

Abes meeting aku jalan site saje nak tahu keadaan tapak....

Pertemuan Sg Gombak Dan Sg Balongkong... Kat sini lah kene design Biofilter system nak rawat air tahi orang asli... Ape yang memeningkan aku sekarang ni macam mana lah nak tarik supply?

Kat sini pulak aku kene design pengangkut sampah otomotik... yang ade sekarang kat sungai ni penahan sampah manual je... Kan bagus kalo tak de orang buang sampah... tak de lah aku kene wat keje kutip sampah sungai ni...

Sekian terima kasih... semoga kerja kerja pembersihan sungai ni berjaya... Akhir kate dari Karam Sing Waliah... "Kuman Di Sebarang Sungai Kita Nampak... Gajah Di Depan Mata Tidak Kelihatan"

Usaha didik hargai sumber air, alam sekitar bukan isu remeh



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Usahadidikhargaisumberair_alamsekitarbukanisuremeh/Article/

Oleh Abdullah Arshad
2010/05/01

APABILA membincangkan agenda pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, pencemaran sungai antara isu penting yang kerap diberi perhatian umum khususnya pada seminar atau persidangan berkaitan alam sekitar di pentas antarabangsa dan nasional. Isu pencemaran sungai sering dikaitkan dengan tahap kesedaran masyarakat dan kaedah pengurusannya.

Secanggih mana pun sistem dan teknologi digunakan untuk memulihara sungai, tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sungai mesti ditingkatkan kerana penyebab pencemaran sungai ialah manusia sendiri.
Kerakusan masyarakat dengan menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sampah sarap, sajian sisa kumbahan ternakan, bahan buangan industri dan sisa pertanian menyebabkan secara tidak langsung kos rawatan air turut ditanggung pengguna.
Natijahnya, kita menghadapi kemusnahan kualiti air sungai yang serius kerana pencemaran sungai mendatangkan kesan besar terhadap kehidupan manusia, terutama apabila sumber air yang dibekalkan kepada pengguna sukar dirawat. Hatta ada kes pencemaran ammonia boleh terlepas hingga ke paip dapur rumah kita.

Pencemaran sungai juga menimbulkan masalah lain seperti merebaknya penyakit dan musnahnya ekosistem akuatik. Kita selalu dipaparkan penderitaan rakyat di negara dunia ketiga yang tidak mempunyai sistem bekalan air cekap dan sistematik menyebabkan mereka sering diancam wabak penyakit sehingga membawa kematian.

Lebih 1.5 juta kanak-kanak di dunia maut setiap tahun akibat pembuangan dua juta tan sisa kumbahan, toksik dan sampah sarap ke dalam sungai. Menyedari air amat penting dalam menentukan kelangsungan hidup manusia dan menjaga sungai adalah sebahagian tanggungjawab yang perlu diberi keutamaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan 22 Mac setiap tahun sebagai Hari Air Sedunia untuk mengajak masyarakat sejagat supaya menghargai air.

Kita mesti ingat air antara unsur terpenting mengimbangi kehidupan manusia di dunia. Walaupun tiga per empat bumi ini diliputi air dan satu per empat daripadanya daratan, 97 peratus daripada air itu adalah air masin (air laut) dan tidak boleh digunakan untuk kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Hanya kira-kira 0.6 peratus air di bumi ini untuk keperluan hidup manusia dan pada masa sama, ia dikongsi bersama haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Kita bertanggungjawab memastikan hak kelestarian generasi akan datang untuk menikmati bekalan sumber air bersih dan berusaha meminimumkan impak terhadap sungai. Dalam membentuk keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan sungai, program pendidikan dan penghayatan etika alam sekitar mesti didedahkan pada peringkat generasi muda untuk membentuk kecintaan, sikap dan perilaku mereka bagi memelihara, memulihara dan menghayati kepentingan alam.

Inisiatif Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail menubuhkan Kelab Briged Penyelamat Sungai Puncak Niaga pada 14 Mac 1998 antara usaha yang harus dipuji kerana berjaya menarik minat masyarakat menghargai dan mencintai sungai. Sejak 1998 hingga 2009, program ini memberi tumpuan menerusi program pendidikan dan kesedaran ke sekolah rendah di sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya.

Sehingga kini, 148 sekolah berdaftar membabitkan seramai 3,820 menjadi ahli kelab briged dan Puncak Niaga membelanjakan lebih RM2 juta untuk program alam sekitar dan kelab briged. Rozali bukan nama asing dalam industri air tempatan dan peranan dimainkannya adalah tanggungjawab sosial korporat yang selari dengan kempen kerajaan Cintailah Sungai Kita.

Tanggungjawab sosial ini jelas seperti penekanan diberikan kepada Kelab Briged Penyelamat Sungai supaya ahlinya bergerak aktif memupuk masyarakat menghargai khazanah dan sumber alam agar terus terpelihara. Melalui Kelab Briged Penyelamat Sungai, pelajar diberi pendedahan dan pengetahuan untuk menghargai sungai dengan membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti.

Kaedah ini berupaya mengembalikan sungai kepada masyarakat. Menanamkan semangat cintai sungai ini penting dalam memastikan generasi kini belajar menghargai sungai untuk kesejahteraan masa depan.

Usaha murni Rozali selama 12 tahun itu ternyata mendapat perhatian isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang melancarkan Kelab Briged Penyelamat Sungai Kali Ke-24 di Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.

Ketika majlis pelancaran Kelab Briged Penyelamat Sungai Kali Ke-24 ‘Istimewa Bersama Datin Paduka Seri Rosmah Mansor’ – Rozali mencadangkan kerajaan memilih UPM untuk meneraju, merancang dan melaksanakan program pemuliharaan alam sekitar memandangkan UPM sebagai salah satu universiti terkemuka di negara ini, terbabit secara langsung dalam aktiviti dan pengendalian kursus berkaitan alam sekitar dan mempunyai kepakaran dalam bidang itu.

Cadangan ini pasti akan membentuk pakatan strategik antara institusi ilmu dan sektor korporat dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan mencintai sungai dan alam sekitar.

Rosmah dalam ucapan pada majlis itu memuji langkah Puncak Niaga memperkasakan program mesra alam dan menyeru masyarakat supaya membuat anjakan paradigma untuk lebih peka kepada keadaan alam sekitar. Katanya, masih tidak terlewat untuk masyarakat tempatan mengubah sikap sambil lewa mengenai penjagaan alam sekitar dan mengambil langkah dalam memastikan sungai yang menjadi sumber bekalan air mentah terus dipelihara dan dijaga.

Dengan kenyataan lebih serius, Rosmah menegaskan mencemar sungai sebagai perbuatan khianat terhadap amanah dan anugerah yang Allah SWT kurniakan serta mencabuli hak generasi akan datang. Mereka yang melakukan pencemaran tidak bertimbang rasa dan prihatin terhadap masalah yang terpaksa ditanggung orang lain akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Komitmen dan keikhlasan Rosmah memperlihatkan pentingnya rakyat Malaysia bersama memastikan negara yang kita sayangi ini bebas daripada pencemaran. Dengan mendukung gagasan 1Malaysia, Rosmah percaya Kelab Briged Penyelamat Sungai berupaya memacu bangsa Malaysia yang unggul dan prihatin terhadap alam sekitarnya.

Sungai Semantan 'hidupkan' Selangor

KEMPEN HARGAI AIR

Wednesday, January 12, 2011


http://hargaiair.blogspot.com/2011/01/rencana-kosmo-sungai-semantan-hidupkan.html 



KEHIDUPAN selama beberapa bulan tanpa bekalan air di rumah membuatkan keluarga Mohd. Zuki Yazid, 34 dan isterinya, Normah Abdul Razak, 33, terpaksa mengambil air bukit di Sungai Long, Kajang, Selangor yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.

Bekalan air ke rumah mereka telah dipotong beberapa bulan lalu kerana kesempitan hidup akibat kemalangan yang menimpa anak keduanya kira-kira lima tahun lepas.

Normah dan suaminya akan pergi ke bukit berkenaan untuk mengambil air setiap hari sejak bekalan air ke rumahnya dipotong.

“Bagi saya dan keluarga biarlah tiada elektrik daripada tiada air kerana air lebih penting untuk menguruskan kehidupan seharian. Air merupakan keperluan asas kepada kita untuk melakukan segala aktiviti seharian,” katanya.

Namun atas keprihatinan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dia diberi air percuma selama enam bulan melalui program Tabung Budi.

“Saya bersyukur sangat kerana keluarga kami terpilih untuk menyertai program tersebut. Keluarga kami akan menggunakan air dengan cermat dan tidak membazir kerana menyedari betapa berharga air untuk kami meneruskan kehidupan,” tambahnya.

Masalah yang dihadapi Mohd. Zuki dan Normah mungkin salah satu contoh kecil pengurusan air kediaman yang boleh memburuk dan menjadi isu yang lebih besar.

Daripada sebuah masalah keluarga yang tidak berkemampuan, kehilangan sumber utama itu boleh menjadi krisis yang lebih dahsyat. Kekontangan bekalan air mampu mencetus ketidakselesaan komuniti, melumpuhkan mekanisme perniagaan dan industri serta menjejas psikologi sosial.
MESIN NATM yang berfungsi menggerudi batu sepanjang projek PPAMPS.

Terpanjang di Asia Tenggara

Dalam senario terkini, faktor kepentingan air kepada penduduk dan kekurangan punca sumber air mentah di negeri Selangor pada masa depan telah mendorong kerajaan mengambil keputusan untuk menyegerakan pelaksanaan pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor (PPAMPS).

Projek itu melibatkan dua fasa utama iaitu pertama, pembekalan air mentah dari Pahang ke Selangor termasuk terowong bawah tanah antara Karak di Pahang dan Hulu Langat di Selangor, serta kedua, pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat.

Projek berimpak tinggi yang bernilai RM3.936 bilion itu dijangka siap pada tahun 2014. Apabila projek itu siap nanti terowong itu akan menjadi terowong air mentah terpanjang di Asia Tenggara dan yang keenam di dunia.

Pelaburan besar negara ke atas projek yang mengambil masa kira-kira empat tahun lagi itu penting kerana air merupakan keperluan penduduk.

Bagi Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, ketiadaan sumber air merupakan satu isu yang berat kepada pengguna.

Katanya, projek penyaluran air mentah dari Pahang itu akan memberikan impak yang positif kepada pengguna apabila ia siap kelak.

“Usaha yang dilakukan kerajaan itu sangat bermanfaat memandangkan bekalan air bersih amat penting untuk segenap lapisan masyarakat. Masyarakat Islam misalnya, memerlukannya untuk berwuduk, bersuci dan sebagainya,” ujar beliau.

Tambah Nadzim, pada masa yang sama, masyarakat perlu dididik untuk bertindak sebagai pengguna air yang berhemah.

“Kita perlu menghargai air kerana sebanyak manapun air itu disalirkan, jika ia tidak digunakan dengan sebaik mungkin, ia akan habis juga,” kata beliau.

TBM yang dibeli dari Amerika Syarikat mengorek laluan bawah tanah untuk saluran air.

Punca air

Menurut Pengarah Projek PPAMPS, Datuk Ir. Ismail Mat Noor projek tersebut bertujuan untuk menyalurkan air mentah dari Sungai Semantan di Pahang ke Hulu Langat, Selangor.

Jelas beliau, Sungai Semantan dipilih sebagai sumber untuk menyalurkan air ke Selangor kerana keupayaan sungai tersebut membekalkan air.

“Sungai Semantan merupakan sungai yang berpunca dari tiga sungai yang lain seperti Sungai Telemung, Sungai Kelau dan Sungai Bentong. Namun, untuk persediaan awal jika berlaku sebarang kemungkinan kami juga akan membina sebuah empangan di Kelau,” ujar Ismail.

Jelasnya, empangan di Kelau itu bertujuan untuk menyimpan air mentah untuk dibekalkan ke Selangor.

“Misal kata air di Sungai Semantan mengalami kemarau dan kekurangan air. Air dari empangan itu akan dilepaskan ke dalam terowong tersebut. Itu merupakan persediaan yang dibuat untuk menampung air jika kekurangan air di sungai itu,” ujar beliau.

Selain itu, Sungai Semantan turut dipilih kerana faktor kebersihan dan kualiti airnya yang masih boleh dirawat dengan mudah.

“Boleh dikatakan kebanyakan sungai di Pahang mempunyai kualiti air yang baik termasuklah Sungai Pahang.

Demi untuk menjayakan penyaluran air itu nanti mengikut masa yang ditetapkan, empat komponen utama terdiri daripada terowong penyaluran air, empangan Muka Sauk dan empangan Kelau, saliran paip berkembar dan Stesen Pam Air Semantan.

Terowong air mentah itu berkeupayaan membekalkan air mentah sebanyak 1,890 liter air sehari apabila siap kelak.

Teknologi canggih PPAMPS

Dengan status projek mega beberapa mesin berteknologi tinggi digunakan dalam proses untuk menyiapkan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor (PPAMPS).

Antara mesin yang berkhidmat dengan PPAMPS sehingga projek itu selesai ialah beberapa buah Tunnel Boring Machine (TBM), New Austrian Tunneling Method (NATM) dan Conduit.

Setiap mesin atau kaedah yang digunakan itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Pada 29 November yang lalu, TBM3 telah memulakan operasinya untuk mengorek terowong bawah tanah sejauh 11.2 kilometer (km).

Ismail berkata, projek terowong itu sahaja bernilai RM1.3 bilion bakal menyalurkan air mentah dalam lima tahun lagi.

Menurutnya, TBM3 atau juga dikenali sebagai Tiara Midori, melakukan kerja-kerja mengorek bersama dua lagi mesin pengorek iaitu Kamila (TBM1) dan Selpah (TBM2).

“Mesin pengorek Tiara Midori yang panjangnya 205 meter akan mengorek sejauh 11.2 kilometer dari sini (Semantan) dan ia mampu mengorek sejauh 1,000 meter setiap bulan.

“Mesin Tiara Midori akan beroperasi 24 jam menggunakan tenaga kerja sebanyak 20 orang untuk satu-satu syif,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya turut melakukan beberapa persediaan sebelum kerja mengorek bermula seperti menyelidik jenis batu.

“Jika batu jenis keras kita tidak perlu melakukan forepoling. Forepoling merujuk kepada teknik untuk menahan tanah atau batu dari runtuh di kawasan yang tidak kukuh,” jelasnya.
ISMAIL (kiri) menunjukkan replika TBM yang digunakan dalam proses menyiapkan terowong PPAMPS

Berdasarkan kajian awal, katanya, kira-kira 90 peratus dari kawasan yang bakal dikorek ialah kawasan berbatu keras.

Jelas Ismail untuk kawasan berbatu, pihaknya menggunakan mesin yang dikenali sebagai New Austrian Tunneling (NATM) beberapa meter sebelum TBM memulakan tugasnya.

“NATM adalah satu kaedah dimana satu mesin akan menggerudi batu di kawasan tersebut.

“Dalam projek ini, kaedah NATM hanya digunakan di Inlet (air masuk) dan Outlet (air keluar) terowong sahaja,” katanya.

Projek yang dijangka siap pada bulan Jun 2014 itu akan menyalurkan air mentah sebanyak 1,890 juta liter sehari.

Sebanyak empat syarikat terlibat dalam usaha sama itu seperti IJM Corp. Bhd., UEM Builders Bhd. Shimizu Co rporation dan Nishimatsu Construction Co. Ltd.

Projek itu diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memenuhi keperluan bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

sumber : KOSMO ONLINE 10 JANUARI 2011

Tahukah anda...?


Tahukah Anda

Sungai Kampung Bayar-17042010
    • Tahukah anda pari sungai kini jarang ditemui dan hanya membiak di sekitar kawasan Kuala Selangor.
    • Tahukah anda Malaysia mempunyai 189 jaringan lembangan sungai. Terdapat 3,000 batang sungai di negara ini dengan jarak keseluruhan menjangkau beribu-ribu kilometer.
    • Aliran sungai dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah menukarkan tenaga keupayaan air kepada tenaga kinetik
    • Sungai berperanan sebagai sumber air, sebagai sumber makanan, untuk tujuan pengangkutan, sebagai benteng pertahanan dan juga sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan mesin/jentera (Janakuasa hidroelektrik) 
    • Laut  menutup hampir 70% permukaan bumi.
    • Kedalaman sesebuah laut dapat diukur dengan menggunakan bunyi (sonar).
    • Air di laut merupakan campuran 96.5% air suling dan 3.5% bahan lain seperti garam, gas dan bahan-bahan terlarut lain.

Pencemaran Sungai di Negara Kita



Pencemaran Sungai Masih Serius
      Setelah enam tahun kempen ''Cintai Sungai Kita'' dilancarkan, pencemaran di sungai-sungai di negara ini masih menjadi masalah yang serius. Di kebanyakan negeri, sungai-sungainya terus meningkat pencemarannya oleh aktiviti perindustrian dan sisa-sisa buangan. Indeks Kualiti Air di kebanyakan sungai-sungai didaftarkan di bawah bacaan. Contoh air dari sungai-sungai mengikut indeks kualiti air antara 0 dan 60 diklasifikasikan sebagai tercemar, di antara 60 dan 80 sedikit tercemar, dan lebih dari 80 dianggap bersih. 
     Baru-baru ini,  pihak kerajaan negeri Johor telah menubuhkan Panel Khas untuk mengawasi pencemaran sungai di negeri berkenaan selepas indeks kualiti air di 16 sungai menunjukkan jatuh dari 73 dalam tahun 1996 kepada 63 tahun lalu. 
     Penubuhan Panel Khas tersebut di bawah Jabatan Pengairan dan Perparitan Negeri untuk mengawasi pencemaran sungai adalah merupakan satu langkah yang betul dan wajar. Adalah diharapkan negeri-negeri yang belum menubuhkan panel seumpama ini akan mencontohi langkah kerajaan negeri Johor menangani masalah pencemaran sungai. Hakikat bahawa masih terdapat sungai-sungai dan longkang-longkang kita masih tercemar sungguhpun beberapa kempen ''Cintai Sungai Kita'' telah dijalankan, membayangkan kekurangan sikap dan tanggungjawab sivik orang ramai termasuk pengusaha-pengusaha industri.
    Banyak orang yang  masih menjadikan sungai-sungai dan longkang-longkang sebagai tempat membuang sampah dan tidak mengamalkan kebersihan dan perlindungan alam sekitar. 
     Oleh itu, tidak hairanlah jika kita melihat pelbagai jenis sampah dan bahan-bahan sisa buangan yang dikutip dari sungai. Pembuangan sampah-sarap secara tidak bertanggungjawab telah mengakibatkan longkang-longkang di bandar-bandar tersumbat dengan sampah dan menjadikan banjir kilat apabila hujan lebat. 
      Pembuangan sampah-sarap adalah merupakan faktor utama menyebabkan longkang-longkang tersumbat dan sungai yang kotor.  Adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat untuk tidak mengamalkan tabiat buruk berkenaan.
    Kepada mereka yang selalu bersikap melanggar undang-undang, mereka perlu dihukum bukan sahaja dengan denda maksimum tetapi melalui khidmat masyarakat secara mandatori. 
      Di samping kita ingin melihat orang ramai berhenti daripada mengamalkan tabiat membuang sampah merata-rata tempat, pihak berkuasa tempatan juga perlu menyediakan penyelenggaraan rutin di sungai-sungai dan longkang-longkang. Longkang-longkang di bandar raya perlu dipertingkatkan bagi menampung penggunaannya akibat dari pembangunan pesat.
     Kita bukan sahaja perlu menjaga sungai dan longkang-longkang tetapi juga kualiti udara. Debu dan ''sulphur dioksid'' didapati berada di paras udara yang membimbangkan, terutama di Lembah Klang dan akan memburukkan lagi jika keadaan kualiti udara sekarang tidak sentiasa diawasi dan dilindungi.
    Kenderaan merupakan penyebab utama pencemaran udara di Lembah Klang. Asap daripada kenderaan ini menjadi punca kepada pengeluaran kepada hampir 100 peratus hidrokarbon dan karbon monoksida sementara 67 peratus adalah nitrogen dioksida di dalam udara. 
     Memandangkan perkara-perkara di atas, kerajaan seharusnya melaksanakan pelan Bertindak Udara Bersih tanpa berlengah-lengah lagi, di samping itu orang ramai mesti memahami akan pentingnya melindungi kualiti udara daripada pencemaran melalui usaha individu dan semua pihak.

Tuesday, 27 September 2011

Ayuh...pertahankan keindahan sungai kita...

KHAZANAH ALAM YANG PATUT DIPERTAHANKAN



SUNGAI merupakan khazanah alam yang berharga kepada pelbagai jenis kehidupan di dunia ini.
Ia juga adalah nadi sumber air semula jadi bagi keperluan sebagai kegunaan dan minuman hidupan, pembangunan domestik, penggerak industri, penjana tenaga elektrik negara, pengairan untuk pertanian di samping sebagai sumber untuk berekreasi.
Menyedari betapa pentingnya sungai dipelihara supaya ianya kekal seperti semula jadi, bersih dan selamat untuk digunakan, pihak kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil langkah mampan memperkenalkan kempen berterusan dikenali "Cintailah Sungai Kita" pada 3 September 1993. Kempen berkenaan dirasmikan Menteri Pertanian ketika itu, Datuk Seri Sanusi Junid (kini - Tan Seri) dan bulan September telah dipersetujui kerajaan sebagai tarikh tetap kempen itu setiap tahun.
Hari ini 18 September 1997, kempen yang sama dirasmikan Menteri Pertanian Datuk Amar Dr. Sulaiman Daud di Denai Larian sungai Perlis, Pengkalan Asam, Perlis yang bertemakan "Pencegahan Asas Pemulihan".
Tahun lalu, tema yang sama telah digunakan, dan dilancarkan oleh Timbalan Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansor di sungai Melaka, Melaka.
Sempena majlis perasmian ini, pelbagai acara disediakan termasuklah pameran aktiviti sungai dan penyampaian hadiah beberapa kategori pertandingan peringkat kebangsaan untuk menjaga kebersihan dan keindahan sungai. Acara berkenaan terbuka kepada orang ramai.
Meminjam kata-kata Sanusi ketika melancarkan kempen yang pertama, ".... langkah yang diambil oleh pihak JPS bertepatan dengan usaha kerajaan memberi penekanan kepada pemeliharaan alam sekitar dalam perancangan pembangunan negara."
Kenyataan Sanusi telah disokong oleh Dr. Tengku Mahmud ketika merasmikan kempen berkenaan tahun lalu. Katanya, simpangan sungai-sungai di negara ini berpotensi untuk dimajukan sebagai pusat rekreasi menarik, destinasi pelancungan popular dan penjana kepada perindustrian negara. Justeru, ianya perlu dijaga supaya sentiasa bersih dan indah.
Dr. Tengku Mahmud juga mengajak seluruh warga negara kita menghargai sungai dengan mencintai keindahannya. Katanya, kita perlu sedar yang sungai amat bernilai dan memberikan kemudahan yang pelbagai kepada manusia dan hidupan lain.

"Atas kesedaran itulah, kerajaan mengadakan kempen setiap tahun bagi meningkatkan peranan orang ramai kearah pengkalan keindahan semula jadi supaya sungai-sungai sentiasa bersih. Di samping itu, usaha memaklumatkan orang ramai dengan pengetahuan dan teknik pengurusannya ditekankan oleh pihak JPS," ujar beliau serius.
Menurut Dr. Tengku Mahmud lagi, pelbagai strategi kempen melibatkan orang ramai telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak JPS, termasuklah; mewujudkan sungai angkat, pemerhatian sungai, ekspedisi sungai, peningkatan kesedaran melalui sekolah dan institusi pengajian tinggi, pengindahan sungai, samposium antarabangsa, pengiklanan melalui media masa, penerbitan risalah dan poster kesedaran pemeliharaan sungai serta pertandingan sungai bersih dan menarik.
Sesiapa pun tidak boleh menafikan yang pihak kerajaan begitu bersungguh-sungguh menangi masalah nasional ini, namun masih ada masyarakat kita yang sengaja menutup telinga dan membutakan mata, tidak langsung tertarik dengan kempen berkenaan. Malah ada yang terus berdegil dengan membuang sisa-sisa makanan, sampah sarap, sisa buangan kilang, bahan kimia, najis, tin-tin kosong dan bangkai binatang dengan sewenang-wenangnya.
Mereka tidak memikirkan tentang kesannya yang bakal diterima oleh orang lain, termasuklah mendapatkan sumber air yang tercemar dan tidak selamat untuk digunakan di samping pelbagai penyakit seperti pembiakan nyamuk aedes yang boleh menyebabkan demam denggi dan sambar haiwan akan menyerang.
Boleh dikatakan setiap hari kita terbaca di dalam akhbar, menonton di televisyen dan mendengar di radio tentang pencemaran sungai, namun masalah ini terus berlanjutan.
Menurut Dr. Tengku Mahmud terdapat banyak sungai yang di dapati terlalu kotor dan memerlukan perhatian wajar pihak kerajaan.
Sementara itu, terdapat pula sungai yang terhakis akibat banjir dan perbuatan manusia yang menuntut pihak berkuasa menanganinya segera dengan perbelanjaan yang tinggi.
Menurut data 1995, sungai merupakan sumber utama bekalan air untuk pengairan (75%), penggunaan domestik dan industri (22%) dan penggunaan lain (3%) di negara ini. Berdasarkan keperluan tersebut langkah berjaga-jaga dan beringat sebelum kena adalah sesuatu yang perlu tertanam erat pada setiap jiwa rakyat negara ini.
Sesungguhnya, negara berbangga dengan pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran yang dilaksanakan di bawah Rancangan pembangunan 5 Tahun, terutamanya yang melibatkan pembangunan tanah baru utnuk pertanian di samping memperbaiki kawasan pertanian yang sedia ada untuk meningkatkan produktivitinya.
Melalui program itu, tahun 1995 terdapat 341,000 hektar tanah pertanian menikmati kemudahan pengairan dan 650,000 hektar tanah dilengkapkan dengan kemudahan saliran. Keadaan berkenaan menuntut pihak swasta sama-sama menggembeling tenaga dan menjadi penggerak utama pertubuhan sektor pertanian melalui perusahaan ladang secara komersil.
Memandangkan pelbagai pihak sektor awam, swasta dan individu terlibat dalam pengurusan air uantuk pertanian, maka sudah sampai masanya kerajaan mengkaji perundangan yang sedia ada bagi mengemaskini fungsi peraturan berasaskan keperluan dan suasana persekitaran semasa sekali pun sebagai mekanesmi untuk memberi galakan kepada pengusaha pertanian, khususnya untuk berkembang maju.
Perundangan juga hendaklah flaksibel bagi memenuhi keperluan jangka panjang. Proses perubahan dalam strategi sumber semula jadi sepert air wajar dimulakan di peringkat awal dan patut dijadikan matlamat objektif nasional.
Dengan cara itu, kita yakin ianya akan menjana kepada proses pemuliharaan alam sekitar kerana dimenasi dan perhubungan di antara tanah, air, tumbuh-tumbuhan dan hidupan lain merupakan suatu kesinambungan yang memberi kesan terus kepada kemampaman pertanian.
Selain itu, sistem pulangan kos seperti yang disaran oleh pihak JPS kepada kerajaan juga adalah wajar dikenakan kepada pemaju perumahan dan sesiapa jua yang menyebabkan berlakunya hakisan tanah dan banjir. Sedangkan hasilnya kawasan tersebut tidak pernah berlaku.
Sistem pulangan kos seperti ini adalah adil kerana caj yang dikenakan kepada yang mendapat manafaat bukannya mereka yang berada di sektor projek pembangunan tersebut. Ini seterusnya akan mewujudkan satu mekanisme kewangan yang boleh membiayai sendiri dan tidak membebankan kerajaan. Langkah ini juga akan membuka peluang dan prospek bagi penswastaan pelaksanaan dan pengurusan sistem saliran bandar.
Sesungguhnya, pengurusan sumber air untuk pertanian dan pelbagai kegunaan pembangunan lain perlu diasaskan kepada amalan terbaik menggunakan teknologi inovative, terkini dan holistic.
Kita yakin dengan penubuhan Institiut Penyelidikan Haidrolik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) pada 1 September 1995, merupakan titik tolak baru dan usaha serius kerajaan untuk menangi pelbagai masalah berkaitan pencemaran air, kekurangan air, mendapat tanah, tanah runtuh, hakisan tanah dan pantai secara sistematik.
Dalam hubungan ini, kesedaran semula pihak termasuk orang ramai, pengusaha pembangunan dan pengguna lain terutama yang tinggal berhampiran dengan sungai seharusnya mengasihi khazanah alam anugerah tuhan. Marilah kita "Bercintai Dengan Sungai" demi untuk generasi kita akan datang.
Di pihak JPS, kita berbangga dengan pencapaian mereka, dan baru-baru ini mereka telah menerima sijil MS ISO 9002 daripada SIRIM Berhad di atas pencapaian mereka meningkatkan kecekapan haidroloji air bersesuaian dengan mutu jabatan itu, "Jayakan Perkhidmatan Sempurna".

KEMPEN CINTAILAH SUNGAI KITA



1.0 PENGENALAN
Untuk memelihara dan melindungi sungai dan persekitarannya daripada terus merosot, adalah menjadi satu keperluan untuk menimbulkan kesedaran dalam masyarakat mengenai kepentingan sungai dan peranan yang dimainkannya. Bagi mencapai tujuan ini Kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Pertanian Malaysia telah melancarkan di peringkat
nasional Kempen “Cintailah Sungai Kita” pada awal Februari 1993 oleh Menteri Pertanian Malaysia dengan objektif awal
untuk,;

* Mewujudkan kesedaran tentang pentingnya sungai dalam kehidupan setiap individu bagimenimbulkan keinginan untuk sama-sama memelihara dan mencintai sungai
* Memperkenalkan kepada orang awam langkah dan amalan yang boleh menyumbangkan ke arah pengekalan keindahan semulajadi sungai
* Mempertingkatkan pengetahuan dan teknik pengurusan sungai dan kawasan tadahan di kalangan agensi yang terlibat bagi menjamin pembangunan harmonis yang berkekalan.
* Mempertingkatkan pengetahuan dan teknik pengurusan sungai dan kawasan tadahan di kalangan agensi yang terlibat bagi menjamin pembangunan harmonis yang berkekalan.
* Bahagian Kejuruteraan Sungai, Ibu Pejabat JPS Malaysia telah dipertanggungjawabkan bagi menyelaras dan memantau perjalanan program ini.


2.0 LATARBELAKANG

2.1 Kempen Fasa I
Lima aktiviti-aktiviti utama (dikenali sebagai Fasa I) yang masih diteruskan sejak
tahun 1993 ialah;

* Sungai Angkat
* Pemerhatian Sungai
* Pendidikan & Ceramah,
* Expedisi Sungai dan
* Pengindahan Sungai


2.2 Kempen Fasa II
Pada tahun 1996, bersesuaian dengan tema ‘Pencegahan Asas Pemulihan’, Fasa II yang lebih menekankan kepada penguatkuasaan dan langkah yang lebih pro aktif telah diperkenalkan. Beberapa seminar kepada Pegawai yang terlibat dengan pengurusan sungai telah diadakan. Seminar ini bertujuan bagi mendedahkan pegawai-pegawai berkenaan kepada teknik-teknik pengurusan kawasan tadahan sungai yang lebih mapan merangkumi aspek pengurusan, perancangan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan penguatkuasaan undang-undang. Antara langkah yang telah diambil disetiap negeri dan daerah
adalah seperti berikut:

* Penubuhan jentera awal jawatankuasa pengurusan sungai(Task
* Force).
* Penyediaan inventori sungai bagi mengenalpasti punca-punca
* pencemaran yang berlaku di kawasan tadahan sungai.
* Memperkenalkan undang-undang/akta-akta yang sedia ada bersangkutan air dan sungai kepada pegawai-pegawai pelaksana dan
*

Penerbitan Brosur
- Penanaman pokok-pokok yang sesuai di tebing sungai(1997)
- Penciptaan sungai yang kaya dengan alam semulajadi(1997)
- ‘Creation of Nature Rich Rivers’(1997)

Penerbitan Buku
- ‘Rivers – Towards The Making of Rivers Rich In Nature’(1996)
- Panduan Rekabentuk Pemandangan dan Lanskap Sungai(1998)

Antara negeri-negeri yang telah melaksanakan Fasa II kempen adalah seperti berikut:

* Perlis
* Kedah
* Pulau Pinang
* Negeri Sembilan
* Melaka
* Selangor


2.3 Kempen Fasa III
Pada tahun 2000, program kempen perlu lebih agresif bagi mempertingkat komitmen dan kesungguhan jabatan-jabatan teknikal dan juga orang ramai khususnya masyarakat terhadap usaha-usaha penjagaan sungai dan kawasan tadahannya. Oleh itu, penonjolan tokoh penting iaitu Perdana Menteri telah dibuat dengan mejemput beliau bagi melancarkan Kempen pada tahun ini. Program kempen kali ini masih meneruskan beberapa akitiviti lama dan ditambah dengan aktiviti baru iaitu Program Pembersihan Sungai, Program Pengindahan Sungai , Program Perawatan Pencemaran, Program Sungai Angkat, Program Pendidikan, di samping menyambung semula aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada Fasa II.

Objektif kempen telah diubah seperti berikut iaitu;

* Untuk menanam sikap bertanggungjawab, mewarisi, menyayangi dan menghormati kepentingan memelihara dan memulihara sungai-sungai
* di kalangan setiap lapisan rakyat jelata.
* Untuk menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dan
* proaktif terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan sungai-sungai.
* Untuk mendidik segenap lapisan masyarakat mengenai cara-cara bagi memelihara dan memulihara sungai-sungai.


3.0 KEPERLUAN PROGRAM
Sungai memainkan peranan penting bagi sesuatu kawasan tadahan malah menjadi nadi kehidupan kerana air adalah keperluan kehidupan yang utama. Di samping itu, sungai juga berpotensi sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan. Pembangunan pesat yang berlaku masa sekarang telah menimbulkan masalah kepada rakyat seperti banjir, kekurangan sumber air dan yang lebih teruk lagi ialah kemusnahan kepada alam sekitar iaitu flora dan fauna. Oleh itu, satu pelan pengurusan sungai yang komprehensif dan lengkap adalah diperlukan untuk memastikan keseimbangan pembangunan persekitaran dan kawasan
tadahannya.

4.0 SKOP PROGRAM
Objektif program ini adalah untuk merumus dan menghasilkan sebuah pelan pengurusan yang lengkap untuk Lembangan Sungai yang dipilih merangkumi komponen-komponen seperti berikut;
4.1 Pengurusan Sungai
Merumus Pelan Pengurusan Sungai yang merangkumi pelan pengurusan dan pembangunan koridor sungai, pelan pengurusan dan pemantauan kawasan tadahan, pelan pembangunan kawasan rekreasi dan pelan pemulihan dan pemeliharaan sungai. Ini termasuklah cadangan rizab atau koridor sungai yang
diperlukan.
4.2 Pelan Pengurusan Persekitaran Sungai
Membentuk dan merumuskan pelan persekitaran sungai
yang merangkumi aspek pencemaran sungai dengan mengenalpasti dan mengkaji punca pencemaran dari titik punca(point source) dan bukan titik punca(non-point source). Pelan ini juga akan memperkenalkan langkah-langkah pencegahan dan sistem-sistem rawatan bagi mempertingkatkan kualiti air sungai ke tahap yang sesuai untuk kegunaan masyarakat dari segi bekalan domestik dan kemudahan rekreasi sungai.
4.3 Program Peningkatan Kesedaran Masyarakat
Pembangunan pesat yang berlaku sejak akhir-akhir ini, secara langsung telah mengugatkan kedudukan sungai. Pusat-pusat penempatan dan berbagai bentuk aktiviti komersial telah tumbuh bagaikan cendawan. Tambahan pula suasana ini diburukkan lagi dengan adanya pembangunan yang tidak terancang dan tidak mematuhi peraturan dan garispanduan sebagaimana yang telah ditetapkan
oleh jabatan dan agensi-agensi kerajaan. Masyarakat sudah mula membelakangkan fungsi dan kepentingan sungai terhadap kehidupan seharian mereka. Berbagai kemusnahan demi kemusnahan telah dilakukan kepada sungai yang mana telah mengakibatkan masalah banjir, penurunan dari segi kualiti air dan bermacam lagi kemusnahan. Oleh itu,satu program kesedaran masyarakat
berbentuk pendidikan dan penglibatan masyarakat perlu dirangka agar semangat
cintakan kepada penjagaan sungai boleh dipupuk dari masa ke semasa.
5. Aspek-aspek Perundangan
Menyemak, mengkaji dan mengubal semula struktur perundangan sediada dan mencadangkan pelaksanaan dan penguatkuasaan satu undang-undang/akta yang menyeluruh mengandungi semua aspek contohnya ‘River Laws’ yang lebih berkesan terhadap pelan pengurusan kawasan tadahan dan kawalan sungai.

6. Sistem Maklumat Geography(GIS)
Pelan yang dicadangkan seboleh-bolehnya merangkumi keseluruhan maklumat agar sistem maklumat ini dapat digabungkan kepda sistem Maklumat Lembangan Sungai(RBIS) yang sedia ada di Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS).

7. Imbuhan atau Insentive
Merangka dasar-dasar berbentuk imbuhan atau intensive yang boleh diberikan kepada
individu, syarikat dan pemaju yang telah menjalankan kaedah pemulihan dan penjagaan sungai seperti;

* mengurangkan kadar caruman perparitan ‘drainage contribution’.
* membekalkan tong sampah atau memberi khidmat mengangkut sampah domestik bagi kawasan di luar kawasan perbandaran.
* menjalankan kerja-kerja pengindahan dan meningkat taraf kemudahan infrastruktur di kampung berkenaan.


8. Program Peningkatan Kesedaran Masyarakat
Menentukan dan merangka program pendidikan kepada setiap
peringkat masyarakat dengan melibatkan mereka dengan program-program yang
dijalankan seperti;

Masyarakat

* Mengujudkan satu Pusat Pengembangan Masyarakat “Community Center’ di mana masyarakat dapat berkumpul, berbincang dan menjalankan aktiviti mengenai program pembangunan sungai di kampung tersebut.
* Program pembangunan kawasan
* Menggalakkan program Sungai Angkat
* Menganjurkan program Ekspedisi Sungai
* Menjadikan masyarakat sebagai pelapor sekiranya terdapat
* sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang

Pelajar Sekolah

* Menggalakkan penubuhan Kelab Pencinta Sungai di sekolah yang berhampiran dengan sungai.
* Mengadakan program pemantauan kualiti air sungai atau program pendidikan ‘riverwatch’ dengan melibatkan pelajar-pelajar dalam teknik pengukuran parameter kualiti air. Dengan cara ini, para pelajar lebih memahami jenis-jenis pecemaran dan kesannya.
* Berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam mengubal dan mengujudkan sukatan mata pelajaran yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar khususnya sungai.
* Menjalakan lain-lain aktiviti yang berkaitan dari masa ke semasa

Dipetik dan diubahsuai daripada laman web JPS
http://www.water.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=18&Itemid=300
       

Sekilas ikan di air,...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More